Wednesday, February 17, 2010

Reward and Recognition 4th Quarter 2009




















































Assalamualaikum dan salam sejahtera....pada 4/2/2010, BPO Melaka telah mengadakan Majlis R&R Q4 2009, Majlis Persaraan Pn. Suhana Kadir, Compliment & Best Attendance utk Q4 2009, dan Majlis sambutan hari lahir anggota (Oct 09-Dec 09). Tema pada hari tersebut adalah 'BOOM BOOM Beach @ Ala-ala pantai'...Antara acara diadakan pada hari tersebut adalah persembahan karaoke dan Best Dress.

Diumumkan nama anggota yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang bagi suku tahun ke-4 2009:

1. Pembantu Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang

Tempat Pertama – En. Mohd Zaki Bin Mohd Ali. (Beliau akan menerima
sijil penghargaan dan juga voucher bernilai RM 100.00)

Tempat Kedua - Pn. Suhana Abd. Kadir (Beliau akan menerima sijil penghargaan dan juga voucher bernilai RM 70.00)

Tempat ketiga - Pn. Samantha Lazaroo. (Beliau akan menerima sijil penghargaan dan juga voucher bernilai RM 50.00)

2. Bagi kategori yang kedua pula iaitu:

Ketua Kumpulan Cemerlang” ianya jatuh kepada Pn. Mooriyah Anuar. (Beliau akan menerima sijil penghargaan dan voucher bernilai RM 100.00)
Untuk Kategori yang ketiga iaitu:

3. Pegawai Perkhidmatan Sokongan Cemerlang bagi suku tahun Ke-empat tahun 2009 jatuh kepada RTFM Specialist, Cik Raudhah Norashikin Bt. Abu Bakar. Beliau juga akan menerima sijil penghargaan dan juga voucher bernilai RM 100.00)

Kemudian, majlis ini disusuli pula dengan penyampaian sijil dan voucher utk anggota
yang menerima 'compliment' dan 'best attendance' utk Q4 2009.

Pemenang utk 'Best Dress' pula jatuh kepada En. Mohd Zaki Bin Mohd Ali (Male) dan Cik Ili Noor Atiqah Ismail (Female).

Habis semua acara, semua anggota dijamu dengan hidangan yang lazat dan mengenyangkan..

Silalah tgk gambar2 yang menarik lagi d'boom yang telah kami snap pada hari tersebut...zzaaassss.....

Thursday, February 11, 2010

Lawatan - Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading


















Hello semua....lama dh tak update blog nie..Ok, pada hari nie, 11/2/2010, ada satu lawatan (ad-hoc) daripada Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading, Batu Pahat pada pukul lebih kurang 1.00 t/hari. Seramai 17 orang pelajar dan 1 pensyarah yang diketuai oleh En Syed Azmir yang mengikuti lawatan ini. Semua pelajar ini mengambil jurusan 'Forensik Penyelenggaraan Bangunan'. Kami diberitahu bahawa Jurusan ini baru pertama kali diadakan di Malaysia. Pelbagai keterangan dan maklumat berkenaan dengan perkhidmatan yang dijalankan di BPO Melaka telah diterangkan oleh Pn. Rohaida Md. Rashid (Pengurus Operasi). Banyak ilmu dan maklumat yang para pelajar perolehi daripada lawatan ini. Rombongan lawatan ini telah diiringi oleh En. Aini (HR) dan En. Har.
Bagi pihak pengurusan BPO Melaka, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua pelajar dan pensyarah kolej tersebut dan mohon maaf sekiranya ada melakukan kesilapan dan kekurangan sepanjang lawatan ini. Barisan anggota BPO Melaka yang terlibat dalam lawatan ini adalah:

1) Rn. Rohaida Md. Rashid (Pengurus Operasi)
2) Pn. Nor Haslenda Ramlee (HRA Executive)
3) Pn. Norziah Mohd. Hashim (RTFM Executive)
4) Pn. Rosziahwati Hashim (QA Lead)
5) Pn. Sinaritah Yassin (Team Leader)
6) Semua TL dan anggota CSR yang bertugas shift pagi

So, apalagi...layan la....