Thursday, May 13, 2010

Charity Event - Ice-Cream Day 2010

Hallloooo...sorry geng...lambat update blog nie....kita coti la...so, nak bg tau..pada 7/5/2010 yg lalu,satu majlis perasmian Charity Event – Ice-Cream Day 2010 telah diadakan di BPO Melaka. Program Amal ini adalah bertujuaan untuk mengumpul dana kepada anggota "BPO" yang mengalami dan menghadapi kesusahan contohnya sakit yang serius dan membantu ahli keluarga anggota yg telah meninggal dunia.

Program ini adalah julung-julung pertama kali diadakan di Melaka dan ia juga mendapat kerjasama daripada semua centre TM Enterprise di seluruh Malaysia. Program ini telah bermula pada tarikh 26/4/2010 dan kemuncaknya adalah pada 7/5/2010..iaitu majlis perasmian “Charity Event – Ice-Cream Day 2010”.

Di BPO Melaka, program ini telah diketuai oleh Pn. Haslenda bersama AJK-AJK nya dan mereka bertungku-lumus menyiapkan semua dedikasi serta kupon. Sebanyak 1133 ice-cream telah berjaya dijual dan BPO Melaka telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM 1020 setelah ditolak kos pembelian.

Tema kami pada hari tersebut adalah pink untuk perempuan dan biru utk lelaki.

Kami juga telah mengadakan pertandingan 'mencipta lagu ice-cream' dan pertandingan makan ice-cream terpantas. Kumpulan Sungkai Laut telah memenangi pertandingan 'mencipta lagu ice-cream' dan bagi pertandingan makan ice-cream terpantas pula telah dimenangi oleh Syafiq, Rasyid dan Aimin. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Memang cun dan d' bomb la!!!! korang tgk jer lah gambar nie dh cukup!!! Happening giler!!! Layan la....



































Monday, May 3, 2010

HARI PEKERJA - 1 MEI 2010

Selamat Hari Pekerja!!!!! Pada 1st May 2010 yg lalu, kita telah menyambut Hari Pekerja....Bagi anggota yang bekerja pada hari tersebut, pihak pengurusan telah memberikan 1 'goodie bag' sebagai tanda sokongan dan penghargaan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada anggota yang bertugas pada hari tersebut. Semoga perkhidmatan cemerlang ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Beberapa keping gambar telah diambil sempena hari tersebut....So, apalagi..layan lah.....

"SELAMAT HARI PEKERJA"






































Bacaan Yaasin dan Tazkirah

Salam dan selamat pagi....Utk makluman, pada 30/4/2010 yang lalu, BPO Melaka telah mengadakan Bacaan Yaasin anjuran HR&ITF serta kerjasama daripada pihak support dan operasi. Seramai lebih kurang 30 orang anggota yang menyertai program ini.

Selepas Bacaan Yaasin, sedikit tazkirah telah disampaikan oleh Pn. Nazlina (Head BPO Melaka)dan Pn. Rogayah (wakil daripada Operasi).

Diharapkan aktiviti ini akan selalu diadakan dan semoga semua anggota mendapat keberkatan dari-NYA. Amin...

p/s: Disertakan beberapa keping gambar Bacaan Yaasin yg diadakan untuk tatapan...

Sekian, Terima Kasih.