Monday, August 23, 2010

Majlis Berbuka Puasa bersama Keluarga & Support Group

Salam Ramadhan 1431H.....diharapkan semoga semua sihat sejahtera di samping org yang tersayang....puasa tak ari nie???hehehe..

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana telah diberikan peluang untuk sekali lagi menikmati Ramadhan yang penuh nikmat dan barakah ini. Dengan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kawan2 yang beragama Islam dan marilah kita sama-sama berdoa agar segala amalan yang kita kerjakan sepanjang bulan ini akan mendapat ganjaran yang sewajarnya.

Seperti tahun-tahun yang lalu, pada 20/8/2010 bertempat di Bilik Rehat Unit 2, BPO Melaka telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama keluarga dan anggota yang bertugas pada bulan Ramadhan ini. Majlis ini adalah salah satu inisiatif yang dibuat untuk kita bersama-sama mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain sempena bulan yang baik ini di samping meraikan anggota yang bertugas di bulan Ramadhan.

Lebih kurang 60 orang daripada pihak operasi dan suport group yang hadir ke majlis berbuka puasa ini. Antara juadah yang disediakan adalah:
  • Nasi putih
  • Ikan tenggiri masak asam pedas

  • ayam goreng

  • sayur campur

  • pajeri nenas

  • sambal belacan

  • meehoon goreng

  • kuih-muih

  • buah limau/kurma

  • air panas/air sejuk

Hmm...memang best bangat...kenyang perut kitaorang beb...hehehe...Terima kasih kepada anggota yang sudi memberi/membawa 'potluck' untuk majlis berbuka puasa ini...Antara group support yang hadir adalah Pn. Nazlina/Pn. Haslenda/Pn.Norziah/Pn. Syadila/Cik Rafidah/En. Izadi bersama isteri/En. Syafiq/Pn. Yamiliya/Pn. Nooriyah/Pn. Sarah/Pn. Zam Zarina dan Pn. Monica.


Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada team 'Moray' a.k.a Team Ramadhan, yang bertungkus-lumus menjayakan majlis berbuka puasa ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang sudi hadir bersama keluarga masing-masing. Semoga inisiatif sebegini akan diteruskan pada masa akan datang.


Akhir kata, terimalah serangkap pantun daripada kami:


Budak-budak memasang jerat
Jerat dipasang bertingkat-tingkat
Giatkan amalan bekalan akhirat
Semoga kita mendapat berkat....Amin...












Wednesday, August 4, 2010

Reward and Recognition Q2 2010 - Back To School

Salam.....Bersua kembali.....al-maklum la, baru balik bercuti daripada langkawi....hehehehe....tak sempat nak update blog...ok, pada 27 JULAI 2010 (Rabu) yang lalu, BPO Melaka telah mengadakan Majlis R&R Q2 bertemakan "Back To School"....Memang best gilerr la beb coz kitaorg semua nie dh lama tak pakai baju skolah...apa lagik....melaramlah masing-masing dengan baju sekolah nyer....Siap ada pengetua dan cikgu2 lagi tue...Pengetua= Pn. Nazlina, Guru H.E.M = Pn. Rohaida, Guru Disiplin = Pn. Haslenda dan ada juga pelawat daripada Jab. Pelajaran Negeri Melaka (Kelly Agensi)...huahuahua...

Majlis diadakan ala-ala perhimpunan sekolah...siap ada nyanyi lagu Negaraku/Melaka Maju Jaya/dan lagu Sekolah iaitu lagi Kristal...Bacaan ikrar disampaikan oleh Ketua Pengawas iaitu Mohd. Rasyid Roslan dan pengacara majlis pula adalah Ab. Malek Ab. Wahab (Pen. Ketua Pengawas 1) dan Mohd. Nazim Ab. Kadil (Pen. Ketua Pengawas 2).








Selain itu, pelbagai aktiviti permainan telah diadakan. Antaranya, 'world cup mania', rubber wrestling, snap card, donkey/oldmaid, pertandingan deklamasikan sajak dan pertandingan bercerita kisah & tauladan (cerita kanak-kanak). Sambutan amat menggalakkan daripada semua anggota.

Di kesempatan ini, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang membantu samada secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis R&R Q2 ini. Cau Cin Cau......



















Monday, July 26, 2010

KLEEN'S DAY

Hai all, nak bgtau pada 23/7/2010 @ 2.30pm, DACC Melaka telah mengadakan program gotong-royong membersihkan seluruh kawasan bangunan unit 2. Program gotong-royong ini dinamakan sebagai KLEEN'S DAY dan telah dirasmikan oleh Pn. Rohaida Md. Rashid pada pukul 2.45pm.

Program ini telah diketuai oleh En. Mohd Zaki bersama-sama dengan AJK beliau. Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang terlibat kerana berjaya melaksanakan program ini.

Semoga semangat untuk menjaga kebersihan kawasan bertugas akan berterusan di kalangan semua warga DACC Melaka. Lain masa, kita boleh buat aktiviti ini lagi....



Tuesday, July 13, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM PUSPANITA MELAKA BERSAMA Y.A.BHG. TOH PUAN DATUK SERI UTAMA DATO' ZURINA BTE KASSIM

Yu huuu.....apa kabar??? semoga kawan2 sekalian sihat sejahtera....Tiaranita Negeri Melaka telah menerima undangan bagi Majlis Makan Makan Puspanita Melaka bersama Y.A.Bhg. Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina bte Kassim anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Negeri Melaka. Penaung Tiaranita Negeri Melaka, En Zaini Maatan, telah bermurah hati untuk menaja dua meja bagi menjayakan program anjuran PUSPANITA ini.

Berikut adalah butir-butir majlis telah diadakan:

Tarikh : 12 Julai 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka
Pakaian : Tema Arab

Kitaorang pun apa lagi..melaram sakan lah dengan tema arab nie...hihihi....best gak jadi ahli tiaranita nie...macam2 aktiviti boleh ikut...kuikuikui....

So, apalagi...layannnnn lah.....






Kami juga sempat bergambar dengan Y.A.Bhg. Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina bte Kassim sebagai kenang-kenangan...jgn jeles tau...huhuhu