Friday, July 1, 2011

Family Day Group Dynamic & Coral at KM Chalet, Linggi Melaka

Hello...Helllo....Pada 25/6 dan 26/6 yang lalu, group Dynamic dan Coral telah mengadakan hari keluarga di KM Chalet, Linggi Melaka...Lebih kurang ada 10-15 keluarga yang menyertai 'family day' ini...Memang syokk abis...

Tahniah diucapkan kepada Team Leader Group Dynamic dan Coral iaitu Pn. Nooriyah dan Pn. Siti Sarah kerana telah berjaya menjalankan aktiviti ini...

Antara aktivit yang dijalankan pada hari Sabtu adalah:

1) BBQ
2) Kotak beracun
3) Kerusi Berirama
4) Bisik-bisik
5) Birthday Celebration


Pelbagai acara diadakan pada hari Ahad, antaranya sukaneka:

Utk kanak-kanak:

1) Kutip gula-gula
2) isi air dalam botol
3) Cari guli dalam belon
4) Cari bola ping pong dalan pasir








Utk Orang dewasa:

1) Makan epal berpasangan
2) Treasure Hunt
3) Tarik Tali








Selain itu, senamrobik juga turut diadakan di tepi pantai tersebut...

Thursday, June 9, 2011

Outdoor Games - Sports Carnival Jun 2011

Selamat Sejahtera....diam tak diam dah masuk bulan June 2011 dah....kejap je masa berlalu....so, time to update blog...

Utk bulan June nie, TEAM CHALLENGE telah mengadakan SPORTS CARNIVAL yang bermula pada 9 June 2011. So, pada hari tersebut telah berlangsung majlis perasmian SPORTS CARNIVAL dengan mengadakan senamrobik + poco-poco di roof top unit 2. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Rohaida Md. Rashid.








Pada 12 Jun 2011, telah diadakan aktiviti yang-1 iaitu permainan bowling...Yuran penyertaan adalah RM 13/seorang. (2 frame + shoes). Memang havoc lah...Pertandingan ini diadakan di Ampang Bowl, Mahkota Parade, Melaka.







Pada 18 Jun 2011, telah diadakan aktiviti yang-2 iaitu permainan futsal...Yuran penyertaan adalah RM 5/seorang. Setiap orang kene tubuhkan team masing-masing. Group wanita ada 5 team dan lelaki ada 4 team..Pertandingan ini diadakan di Sport Planet, Klebang, Melaka. Memang best giler...







Pada 10 July 2011, telah diadakan aktiviti yang-3 iaitu permainan badminton...Yuran penyertaan adalah RM 5/seorang. Pertandingan ini diadakan di Sek Men Yoke Bin Melaka....Caya lah!!!







So, berakhirlah sudah Aktiviti Outdoor Games - Sports Carnival Jun 2011 ini...Tahniah diucapkan kepada team Challenge iaitu Izadi, Zarin, Fikri dan rakan-rakan kerana berjaya menjalankan aktiviti ini...Semoga aktiviti sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang...

Thursday, May 26, 2011

Reward and Recognition Q1 2011 - Fancy Dress

Halluuu....halluuuu....harap semua sihat sejahtera....nak bgtau pada 25/5/2011, VBP Melaka telah mengadakan R&R Q1 2011 dengan bertemakan fancy dress....Walllaaa....memang happening giler....

Nak cite ler sikit kenapa kita pilih tema “Fancy Dress”…Tema ini dicadangkan sempena 1 Malaysia yang disarankan oleh PM kita. Memandangkan kita mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dgn pelbagai cara budaya,pakaian, adab, percakapan dan sebagainya maka kita terapkan unsur-unsur 1 Malaysia ke dalam tema R&R kita pada kali ini.

R&R Q1 2011 pada kali ini juga, pihak pengurusan melaka telah menjemput Mr. Maheandran s/o R.G Marimuthu selaku Operations Directors hadir bersama-sama untuk memeriahkan majlis.



Tahniah diucapkan kepada anggota-anggota yang telah berjaya bagi suku tahun Pertama tahun 2011…diharapkan selepas ini, lebih banyak peningkatan pretasi ditunjukkan oleh semua anggota kepada unit kita Melaka Contact Centre……

Dimulakan dengan kategori yang pertama:

“Pembantu Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang”

- Cik Syehrina binti Roslan
- Cik Nor faiza binti Abd Kassim
- Cik Farzana binti Zainal

Utk saguhati pula tahniah diucapkan kepada En Zulkipli Idris dan Siti Khalilah Muhamad.


Bagi kategori yang kedua pula iaitu “Ketua Kumpulan Cemerlang” ianya jatuh kepada Pn Nooriyah Anuar.

Utk kategori yang ketiga pula iaitu “Pegawai Perkhidmatan Sokongan Cemerlang bagi suku tahun Pertama Tahun 2011 jatuh kepada QA Specialist, Pn Marziahna Othman.

Pelbagai pertandingan telah diadakan antaranya 'Fancy Dress Competition'...Sebanyak 10 group telah masuk bertanding dalam acara ini. Antaranya:

· Pearl - Ketua: Pn. Monica Usan - ARABIAN DRESS


· FS/Trainer/Centrex Team - Ketua: Norziah Mohd. Hashim - MELAYU DELI


· Crystal - Ketua: Pn. Yamiliya Mohd. Yamin - PARI-PARI DRESS


· Agate - Ketua: Pn. Roselina Kembok - CHINESE DRESS


· QA Team - Ketua: Pn. Rosziahwati Hashim - MODEN KLASIK



· Dynamic - Ketua: Pn. Nooriyah Anuar - ETHNIC DRESS


· Prodigy - Ketua: Pn. Rubianty Demek - SLEEPING BEAUTY


· Coral - Ketua: Pn. Siti Sarah Tamby Hussin - BOLLYWOOD


· Emerald - Ketua: Pn. Zam Zarina Leman - FITNESS DRESS


· HR & ITF Team -Ketua: Pn. Nor Haslenda Ramlee - 'HYPNOTIC VAMPIRE'


Dan pertandingan ini telah dimenangi oleh...ehem..ehem...saper lagi kalau tidak group HR & ITF....cayalah....tgk ler gambar kitaorang snap nie...huhuhu



Selain itu, ada juga pertandingan makan ice-cream sambil tutup mata dan make over (lelaki disolekkan menjadi perempuan)...hahaha...memang kelakar abis...So, tahniah diucapkan kepada para pemenang...

Akhir sekali, ada penyampaian hadiah untuk indoor games fiesta dan birthday celebration....memang havoc la....



So, apalagi...sila lah tgk gambar2 yang kitaorg sempat amik nie...Cau Cin Cau....Adioss....