Monday, July 26, 2010

KLEEN'S DAY

Hai all, nak bgtau pada 23/7/2010 @ 2.30pm, DACC Melaka telah mengadakan program gotong-royong membersihkan seluruh kawasan bangunan unit 2. Program gotong-royong ini dinamakan sebagai KLEEN'S DAY dan telah dirasmikan oleh Pn. Rohaida Md. Rashid pada pukul 2.45pm.

Program ini telah diketuai oleh En. Mohd Zaki bersama-sama dengan AJK beliau. Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang terlibat kerana berjaya melaksanakan program ini.

Semoga semangat untuk menjaga kebersihan kawasan bertugas akan berterusan di kalangan semua warga DACC Melaka. Lain masa, kita boleh buat aktiviti ini lagi....



Tuesday, July 13, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM PUSPANITA MELAKA BERSAMA Y.A.BHG. TOH PUAN DATUK SERI UTAMA DATO' ZURINA BTE KASSIM

Yu huuu.....apa kabar??? semoga kawan2 sekalian sihat sejahtera....Tiaranita Negeri Melaka telah menerima undangan bagi Majlis Makan Makan Puspanita Melaka bersama Y.A.Bhg. Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina bte Kassim anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Negeri Melaka. Penaung Tiaranita Negeri Melaka, En Zaini Maatan, telah bermurah hati untuk menaja dua meja bagi menjayakan program anjuran PUSPANITA ini.

Berikut adalah butir-butir majlis telah diadakan:

Tarikh : 12 Julai 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka
Pakaian : Tema Arab

Kitaorang pun apa lagi..melaram sakan lah dengan tema arab nie...hihihi....best gak jadi ahli tiaranita nie...macam2 aktiviti boleh ikut...kuikuikui....

So, apalagi...layannnnn lah.....






Kami juga sempat bergambar dengan Y.A.Bhg. Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina bte Kassim sebagai kenang-kenangan...jgn jeles tau...huhuhu

Tuesday, July 6, 2010

World Telecommunication Day - Ala-ala Bersamamu Dekat Dihati

17 Mei 2010 merupakan Hari Telekomunikasi Sedunia. Sehubungan itu, satu program amal telah dijalankan sempena Hari Telekomunikasi tersebut.

Program ini bertujuan untuk mengumpul dana (dalam bentuk wang/pakaian/keperluan asas: beras/gula/kopi/etc) bagi membantu golongan miskin dan tidak berkemampuan.


Satu komiti telah ditubuhkan bagi program tersebut dan telah diketuai oleh Pn. Suhailey. Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang telah bertungkus-lumus menjayakan program amal ala-ala Bersamamu Dekat Dihati.

Jumlah kutipan dana yang telah terkumpul adalah sebanyak RM 1895.40 melepasi target yang disasarkan sebanyak rm500.00 pada asalnya dan daripada sebuah keluarga sahaja yang di target untuk dibantu, kita telah mencapai kata sepakat untuk menambah dan meringankan beban 2 buah keluarga lagi. Kesemua kutipan dana (wang dan barang keperluan) telah di salurkan kepada 3 keluarga yang memerlukan.

Rumah 1 - Keluarga pakcik Hussin. Pakcik Hussin merupakan seorang anggota OKU di mana sebelah kiri bahagian aggota badan beliau tidak boleh bergerak dan kaki kiri beliau telah dipotong akibat terlibat dengan kemalangan. Mempunyai 3 orang anak dan semuanya masih bersekolah.


Rumah 2 - Adik Shakawi berumur 18 tahun. Mengalami kecacatan sejak kecil dan beliau tidak boleh bergerak sendiri tanpa bantuan keluarga. Dijaga dengan penuh kasih sayang oleh keluarganya.

Rumah 3 - Keluarga Pn. Suri. Hampir seluruh keluarga mengalami masalah 'mental' dan sentiasa memerlukan perhatian daripada keluarga terdekat.

Kejayaan mengumpul jumlah tersebut dalam masa kira-kira satu bulan sahaja jelas mencerminkan sikap keperihatinan, komitted dan murah hati yang amat membanggakan dari
kalangan warga BPO DACC Mlk sekalian. Syabas rakan-rakan sekalian!!! Sama-samalah kita berdoa semoga sumbangan ikhlas kita itu diterima oleh Allah sebagai satu amal jariah
yang berpanjangan.









Charity Event - Makan Day

Salam....Masa utk update blog...Nak bgtau pada 1/7/2010 (Khamis), satu program charity yang dipanggil 'Makan Day' telah diadakan di BPO Melaka. Program ini adalah lanjutan daripada program pertama charity iaitu Ice-Cream Day yg telah diadakan yg lalu.

Event 'Makan Day' ini telah mendapat sambutan hangat daripada semua anggota kerana mereka semua suka makan...hahaha...Pelbagai jualan makanan telah diadakan sempena dengan program ini. Sebanyak 3 sessi jualan telah diadakan, iaitu breakfast/lunch dan hi-tea. Antara menu-menunya adalah seperti berikut:

-Nasi Lemak/Meehon Goreng/Nasi Goreng/Kuih-muih/Air Panas
-Nasi Ayam/Air Sirap
-Keropok Lekor/Kuih Lopis/Air Panas
Di samping itu, kita juga telah mengadakan pertandingan meneka berat hamper yang dianjurkan oleh pihak operasi.
Dana yang telah berjaya dikumpul oleh BPO Melaka adalah sebanyak RM 130 dan akan diserahkan kepada pihak HQ.

Tahniah diucapkan kepada semua anggota yang terlibat samada secara langsung atau tidak dan semoga program ini akan dapat dijalankan di lain kali.