Monday, August 23, 2010

Majlis Berbuka Puasa bersama Keluarga & Support Group

Salam Ramadhan 1431H.....diharapkan semoga semua sihat sejahtera di samping org yang tersayang....puasa tak ari nie???hehehe..

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana telah diberikan peluang untuk sekali lagi menikmati Ramadhan yang penuh nikmat dan barakah ini. Dengan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kawan2 yang beragama Islam dan marilah kita sama-sama berdoa agar segala amalan yang kita kerjakan sepanjang bulan ini akan mendapat ganjaran yang sewajarnya.

Seperti tahun-tahun yang lalu, pada 20/8/2010 bertempat di Bilik Rehat Unit 2, BPO Melaka telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama keluarga dan anggota yang bertugas pada bulan Ramadhan ini. Majlis ini adalah salah satu inisiatif yang dibuat untuk kita bersama-sama mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain sempena bulan yang baik ini di samping meraikan anggota yang bertugas di bulan Ramadhan.

Lebih kurang 60 orang daripada pihak operasi dan suport group yang hadir ke majlis berbuka puasa ini. Antara juadah yang disediakan adalah:
  • Nasi putih
  • Ikan tenggiri masak asam pedas

  • ayam goreng

  • sayur campur

  • pajeri nenas

  • sambal belacan

  • meehoon goreng

  • kuih-muih

  • buah limau/kurma

  • air panas/air sejuk

Hmm...memang best bangat...kenyang perut kitaorang beb...hehehe...Terima kasih kepada anggota yang sudi memberi/membawa 'potluck' untuk majlis berbuka puasa ini...Antara group support yang hadir adalah Pn. Nazlina/Pn. Haslenda/Pn.Norziah/Pn. Syadila/Cik Rafidah/En. Izadi bersama isteri/En. Syafiq/Pn. Yamiliya/Pn. Nooriyah/Pn. Sarah/Pn. Zam Zarina dan Pn. Monica.


Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada team 'Moray' a.k.a Team Ramadhan, yang bertungkus-lumus menjayakan majlis berbuka puasa ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang sudi hadir bersama keluarga masing-masing. Semoga inisiatif sebegini akan diteruskan pada masa akan datang.


Akhir kata, terimalah serangkap pantun daripada kami:


Budak-budak memasang jerat
Jerat dipasang bertingkat-tingkat
Giatkan amalan bekalan akhirat
Semoga kita mendapat berkat....Amin...












No comments:

Post a Comment