Wednesday, August 24, 2011

Majlis Berbuka Puasa Anggota DACC Bersama Support Team dan Keluarga

Assalamualaikum w.b.t sebagai pembuka kata.

Pada tanggal 19/08/2011 (Jumaat) yang telah berlalu,pihak BPO Melaka telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Anggota DACC Bersama Support Team dan Keluarga.

Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan,ialah kan..selalunya berbuka di rumah bersama ahli kerluarga je,yang kerja tu pulak berbukalah di pejabat dengan rakan sekerja.Tapi di majlis ini,jangan kata kengkawan yang sedang bekerja je ada,support team ada,ahli keluarga pun ada.

Tapi takde lar pulak yang bawak datang satu kampung,itu bukan ada..itu mengada-ngada namanya..ha ha ha..bergurau ye..

Macam biasa,marilah kita sajikan mata kita tentang kemeriahan di hari yang bersejarah itu.



Sajian yang telah di sediakan.Kuih dan muih,beraneka macam.
(tu baru kuih muih dan buah tembikai jer taww)


Juadah berbuka yang amat menyelerakan


Persiapan rapi..tu dia panjang macam keretapi


Kuntuman senyuman daripada para tetamu.


Ketibaan para tetamu.




Bacaan doa yang di ketuai oleh En Mohd Izadi di mulakan menunjukkan telah masuknya azan maghrib bagi kawasan negeri melaka dan kawasan yang sama waktu dengannya dan waktu untuk berbuka puasa.


Di antara para anggota dan ahli keluarga yang telah memeriahkan majlis berbuka puasa pada kali ini.


Tangan menadah tanda kesyukuran,sambil mata melihat makanan.
(he he he)


Selesai sudah bacaan doa.Kini tiba masa untuk menjamu selera


Di pilih...di pilihhh..


Jemput-jemput...jemput makan jemput-jemput
(ishh..bukan makan jemput2 daaa..)


Sempat jugak berposingg yea..


Selamat Berbuka Puasa yeaa..



Selesai sudah majlis berbuka puasa ini.Terima kasih di ucapkan yang tak terhingga kepada anggota2 yang telah berpenat lelah menyediakan juadah berbuka puasa pada kali ini,kepada semua anggota DACC,support Team yang memeriahkan majlis ini,dan tak lupa juga kepada ahli keluarga yang turut hadir.

Selamat Berpuasa...dan Selamat Menyambut Bulan Syawal a.k.a Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba kepada semua.

Semoga berjumpa lagi..daaaaa..

Wasalam...

No comments:

Post a Comment